Lawatan Kerja Sosial

Assalamualaikum... hari ini 3 Ogos 2009(Isnin), saya telah membuat lawatan kerja sosial ke Unit Bimbingan SK Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat. Unit BDK ini sekolah ini merupakan sebuah unit yang ditatang oleh Pengerusi Majlis Guru Bimbingan Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat. Dalam sesi lawatan yang ringkas itu (20 minit), banyak juga ilmu yang sempat di "cilok" dari beliau. Tahniah kepada Pn. Norhazimah dan sahabatnya yang telah telah berusaha keras untuk menghidupkan semula bilik bimbingan & kaunseling setelah bilik lama dilimpahi sisa buangan kimia semulajadi manusia. Kepada mana-mana rakan yang ingin melihat satu contoh bilik 'comel', boleh ke SK Tun Abdul Aziz Majid.
u/p: Pn. Hazimah juga rupanya seorang penulis novel (novelis). jangan bagitahu orang laun tau...etika rahsia...

Modul Terkini Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa

29 Julai 2009 (Rabu)- Bertempat di Dewan Auditorium D8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Parcel D, Putrajaya, telah diadakan satu Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Langat. Antara pengisian utama dalam seminar tersebut, peserta telah didedahkan dengan Modul Terkini Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Modul terbitan Kementerian Pelajaran Bahagian Sekolah Harian ini adalah satu wadah pembaharuan dalam sistem perkhidmatan BDK di seluruh Malaysia. Pelarasan sistem pelaksanaan ini merupakan satu evolusi ke arah memantapkan lagi perkhidmatan BDK. Selari dengan falsafah perkhidmatan BDK, penggunaan modul terkini ini secara bersepadu akan mewujudkan satu sistem yang seimbang dan mumudahkan pengurusan BDK di seluruh negara lantas membuktikan kepada rakyat khususnya seluruh warga pendidikan yang memandang sepi perkhidmatan ini dan menganggap perkhidmatan BDK adalah satu perkhidmatan yang sia-sia. Diharap dengan terbitnya modul ini, semua GBKSM dapt melaksanakan perkhidmatan dengan lebih efisien dan bertanggungjawab.

LadaP

Salam, cuma ingin mendapat pandangan...kebelakangan ini kita sering disogokkan dengan kursus atau latihan dalam perkhidmatan (ladap). Adakalanya sehingga terasa seperti tiada masa luang bersama keluarga. Hujung minggu terlalu sendat dengan pelbagai aktiviti seperti memenuhi arahan ketua jabatan, kelas, gotong-royong, dan macam-macam lagi. Ada juga kedengaran ada jabatan yang akan melaksanakan LadaP pada hari AHAD dek kerana terlalu padat takwim yang sedia ada. Pada aku, aku merasakan bahawa ini merupakan satu pencabulan hak asasi manusia di mana seharusnya diberikan satu hari dalam seminggu untuk pekerja bawahan berehat. Sedangkan baru-baru ini, pembantu rumah pun diarahkan kepada para majikan memberi mereka cuti dalam seminggu 1 hari. Adakah ini satu petanda bahawa pada masa akan datang, mungkin juga institusi keluarga guru yang berkahwin dengan guru akan mengalami masalah kerana anak-anak jarang dapat bertemu dan bermesra dengan ibu dan bapa? Persoalan ini hanya satu ilusi sahaja tetapi kenyataannya mungkin berdasar.

SALAM TAKZIAH...

9 Julai 2009, pada hari ini, sesampainya di perkarangan sekolah, aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang bapa kepada murid sekolah ini. berita ini bagiku begitu menyentuh kerana adik-beradik ini memang sudah lama dikenali tinggal bersama bapa mereka tanpa beribu. bapa merekalah yang menguruskan segala urusan makn, pakai, sekolah dan segalanya dari sudut emosi hinggalah rohani. adik-beradik ini dikenali juga dikalangan guru-guru sebagai anak-anak yang baik dan bersopan. walaupun tahap akademik mereka tidaklah ketara menyerlah, namun mereka tidak pernah menimbulkan masalah di sekolah. apabila berita ini samapai padaku, aku terbayangkan anak lelaki arwah iaitu adik hafiz yang kini belajar di smk dusun nanding dalam tingkatan satu. hafiz mempunyai tahap kesungguhan dan minat yang tinggi dalam perkara yang diamanahkan padanya. namun, beliau kelihatan begitu sugulhampir setiap hari.apabila waktu rehat,beliau akan merayau ataupun ke pusat sumber. setelah diperhatikan, memang beliau jarang sekali ke kantin kerana ketiadaan wang saku untuk belanja. arwah bapanya merukan salah seorang guru pencen, namun rezeki yang mereka ada pada zahirnya seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. namun, walau apa pun jua penilaiannya, aku tetap mendoakan agar roh cikgu manap ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan seluruh anak-beranaknya (yang paling kecil berada dalam tahun 3) sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Amin...

DATA PENGURUSAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH

La ni semua Guru Disiplin sedang menyiapkan Borang Data Pengurusan Murid... Selamat Mengisi Borang.

lama tak jumpa...

assalamualaikum & salam sejahtera,
Pertama sekali kepada semua rakan, saya ingin memohon ampun dan maaf kerana lama tidak dapat mengakseskan diri ke laman blog ini. Ingin sekali rasanya kembali aktif di maya ini.
-hafeez-