LadaP

Salam, cuma ingin mendapat pandangan...kebelakangan ini kita sering disogokkan dengan kursus atau latihan dalam perkhidmatan (ladap). Adakalanya sehingga terasa seperti tiada masa luang bersama keluarga. Hujung minggu terlalu sendat dengan pelbagai aktiviti seperti memenuhi arahan ketua jabatan, kelas, gotong-royong, dan macam-macam lagi. Ada juga kedengaran ada jabatan yang akan melaksanakan LadaP pada hari AHAD dek kerana terlalu padat takwim yang sedia ada. Pada aku, aku merasakan bahawa ini merupakan satu pencabulan hak asasi manusia di mana seharusnya diberikan satu hari dalam seminggu untuk pekerja bawahan berehat. Sedangkan baru-baru ini, pembantu rumah pun diarahkan kepada para majikan memberi mereka cuti dalam seminggu 1 hari. Adakah ini satu petanda bahawa pada masa akan datang, mungkin juga institusi keluarga guru yang berkahwin dengan guru akan mengalami masalah kerana anak-anak jarang dapat bertemu dan bermesra dengan ibu dan bapa? Persoalan ini hanya satu ilusi sahaja tetapi kenyataannya mungkin berdasar.

1 comments:

  1. saya sendiri menyokong dengan kenyataan tuan......pada pendapat saya sama seperti pendapat tuan...pada pandangan saya sama seperti pandangan tuan...