SALAM TAKZIAH...

9 Julai 2009, pada hari ini, sesampainya di perkarangan sekolah, aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang bapa kepada murid sekolah ini. berita ini bagiku begitu menyentuh kerana adik-beradik ini memang sudah lama dikenali tinggal bersama bapa mereka tanpa beribu. bapa merekalah yang menguruskan segala urusan makn, pakai, sekolah dan segalanya dari sudut emosi hinggalah rohani. adik-beradik ini dikenali juga dikalangan guru-guru sebagai anak-anak yang baik dan bersopan. walaupun tahap akademik mereka tidaklah ketara menyerlah, namun mereka tidak pernah menimbulkan masalah di sekolah. apabila berita ini samapai padaku, aku terbayangkan anak lelaki arwah iaitu adik hafiz yang kini belajar di smk dusun nanding dalam tingkatan satu. hafiz mempunyai tahap kesungguhan dan minat yang tinggi dalam perkara yang diamanahkan padanya. namun, beliau kelihatan begitu sugulhampir setiap hari.apabila waktu rehat,beliau akan merayau ataupun ke pusat sumber. setelah diperhatikan, memang beliau jarang sekali ke kantin kerana ketiadaan wang saku untuk belanja. arwah bapanya merukan salah seorang guru pencen, namun rezeki yang mereka ada pada zahirnya seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. namun, walau apa pun jua penilaiannya, aku tetap mendoakan agar roh cikgu manap ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan seluruh anak-beranaknya (yang paling kecil berada dalam tahun 3) sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Amin...

2 comments:

  1. "arwah bapanya merukan salah seorang guru pencen, namun rezeki yang mereka ada pada zahirnya seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

    Kenapa jadi mcm tu?? Biasanya kalau org tu ada pencen rasanya taklah susah mana sangat...

     
  2. yang penting...diharapkan pihak sekolah tidak terlepas pandang dengan anak yatim tersebut..berilah bantuan yang mampu...